Tempatan

TTAHM Online: Raja Permaisuri Agong Rai Pembukaan 100 Kedai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan meraikan pembukaan 100 kedai di platform The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) Online menerusi aplikasi Zoom.

Menurut sebuah portal tempatan, Raja Permaisuri Agong menzahirkan rasa gembira apabila platform ini disertai oleh majoriti mereka yang terdiri daripada kumpulan B40, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

“Saya gembira kerana majoriti mereka adalah daripada kumpulan B40, ibu tunggal dan orang kurang upaya yang memilih untuk tidak patah semangat dan terus berdikari berusaha menjana pendapatan.”

Selain itu, baginda juga bertitah agar 79 pelajar jurusan fesyen dan pakaian kolej komuniti dan politeknik, yang menerima sumbangan mesin jahit pada Januari lalu memanfaatkan mesin jahit tersebut.

“Harapan saya, pelajar yang menerima sumbangan mesin jahit ini dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin dan dapat menguasai kemahiran jahitan kreatif seterusnya berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.”

Mesin jahit itu disumbangkan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) melalui tanggungjawab sosial korporat Mostwell Sdn Bhd.

Titah Tunku Azizah lagi, TTAHM Online yang berada di bawah kendalian PSJKM ini memberi ruang kepada penggiat kraf tangan memasarkan produk tanpa had ke peringkat antarabangsa.

Platform ini juga memberi bimbingan berkaitan selok-belok perniagaan dalam talian dan menguasai ilmu perniagaan dalam talian adalah penting dalam situasi pandemik COVID-19.

The Tunku Azizah Handmade Market (TTAHM) adalah sebuah platform menjual kraftangan yang diasaskan oleh Mostwell pada tahun 2010.

Platfrom ini dinamakan sebagai TTAHM pada tahun 2019 bersempena dengan nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga merupakan penaung platform ini.

TTAHM Online yang diperkenalkan di www.sewingworld.com.my tahun lalu kini mempunyai 100 pekedai menjual pelbagai produk kraf tangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: