Antarabangsa

Trump Umum Bertanding Calon Presiden 2024 Untuk Bantu AS Bangkit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 November 2022 – Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah membuat pengisytiharan untuk bertanding pada pilihan raya pemilihan presiden yang akan diadakan pada tahun 2024.

Pada kenyataan yang sama beliau turut menyatakan bahawa Joe Biden, Presiden AS pada masa ini telah “memalukan, mengaibkan serta melemahkan” negara tersebut.

Trump pada masa yang sama turut berikrar akan membawa “kegemilangan” serta “kehebatan” ke negara itu.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diucapkan kepada hadirin di resort Mar-a-Lago di Florida pada Selasa lalu.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyenaraikan masalah-masalah yang melanda warga AS dan mendakwa bahawa Biden dan parti Demokratik bertanggungjawab dalam isu “kemunduran” Amerika setelah memegang tampuk pemerintahan selama dua tahun. Katanya lagi,

“Bagi menjadikan Amerika kembali hebat dan cemerlang, pada malam ini saya mengumumkan pencalonan saya bagi jawatan Presiden AS.”

Beliau turut menyatakan bahawa Biden telah “menyeret AS ke ambang perang nuklear” dengan Rusia dan mendakwa bahawa konflik yang sedang berlaku di Ukraine tidak akan berlaku jika beliau sendiri yang memegang jawatan tertinggi negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: