Antarabangsa

Trump Sekali Lagi Dihalang Bertanding

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 01 Januari 2023 – Maine telah menjadi negeri kedua di Amerika Syarikat (AS) yang telah menghalang Trump daripada bertanding dalam penggal baharu sebagai presiden pada tahun 2024.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Negeri Maine, Shenna Bellows di mana beliau mengesahkan bahawa Trump tidak layak untuk bertanding bagi jawatan presiden disebabkan tuduhan berkaitan peranan Trump dalam rusuhan di Capitol AS pada tahun 2021. Ujarnya,

“Saya simpulkan bahawa petisyen Trump itu tidak sah.”

“Secara perinciannya, saya lihat bahawa deklarasi pada borang persetujuan calon beliau adalah tidak benar kerana beliau tidak layak untuk menjadi Presiden di bawah peruntukan Section Three of the Fourteenth Amandment.”

Peruntukan yang disebutkan itu, yang terdapat pada Perlembagaan AS adalah menyatakan bahawa mereka yang “telah terlibat dalam pemberontakan tidak dapat “memegang sebarang jawatan, sibil mahupun ketenteraan.”

Bahagian perundangan tersebut telah ditambah pada sekitar 1980an bagi membatalkan kelayakan ahli politik yang menyokong pihak Confederacy sewaktu perang sivil.

Trump sebelum ini telah hilang kelayakan di Colorado namun pihak Republikan negeri tersebut telah membuat rayuan dan keputusannya akan ditentukan oleh Mahkamah Tertinggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: