Tempatan

Empangan Murtad Bakal Pecah! – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Ramai umat Islam tidak sedar, sejak beberapa bulan lepas, beberapa kes yang melibatkan kepentingan Islam telah difailkan di Mahkamah. Kes-kes ini bakal menyaksikan beberapa enakmen pentadbiran Islam di negeri-negeri bakal dicabar untuk dibatalkan.

Jika enakmen-enakmen ini gagal dipertahankan dengan baik, maka antara tuntutan yang dibuat kepada Mahkamah ialah supaya semua Mualaf yang diislamkan melalui prosedur dan enakmen-enakmen yang dicabar tersebut, akan dimurtadkan secara besar-besaran!

Kita tidak bercakap mengenai satu dua individu yang bakal dimurtadkan. Tapi kita bercakap tentang kemungkinan ratusan malah ribuan umat Islam yang diislamkan melalui prosedur dan enakmen yang sedang dicabar tersebut, bakal murtad jika kes ini kalah di semua peringkat Mahkamah.

Risau dengan senario ini, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang diterajui oleh Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar bersama rakan-rakan peguam senior, peguam muda, wakil Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), wakil media NGO telah dua kali mengadakan perjumpaan strategik. Ia untuk memastikan isu berkepentingan Islam ini dapat ditangani dengan cara sebaiknya.

PPMM mengadakan perjumpaan pertama di Kuala Lumpur pada 21 Mac 2023. Pertemuan kedua diadakan pada Jumaat lepas, 31 Mac 2023. Ia mesyuarat susulan bagi membincangkan kerisauan tentang perkembangan terbaru ini. Mesyuarat bermula jam 630 petang hingga 10 malam. Team peguam PPMM, wakil PEMBELA, berusaha keras melihat, menilai dan menyusun perkara-perkara penting yang harus diketahui untuk mengelakkan apa yang dikhuatiri berlaku, dari berlaku.

PPMM membuka ruang bagi mana-mana peguam yang ingin memberikan buah fikiran bagi mengatur persiapan di dalam pelbagai kes yang dirujuk. Malah kalangan bukan peguam juga boleh memberikan sumbangan mengikut kepakaran dan kekuatan masing-masing samada dalam bentuk jaringan, dana dan lain lain.

Ramadan bulan amal dan perjuangan. Ramai berminat untuk melakukan Amar Makruf, tetapi kerja-kerja Nahi Mungkar, tidak ramai yang melakukannya.

Ayuh, kita sama-sama kita berikan sokongan, bantuan dan doa kepada usaha ini.

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: