Antarabangsa

Setiausaha Agung PBB Sindir Israel, Menteri Israel Naik Angin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 26 OKTOBER 2023 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres telah mengeluarkan kenyataan bahawa warga Palestin telah berhadapan dengan “pendudukan yang menyesakkan selama 56 tahun”, tanpa menyebut secara jelas akan peranan Israel dalam pelanggaran undang-undang tersebut.

Beliau juga dalam kenyataan yang sama pada Selasa lalu menyatakan kepada ahli Majlis Keselamatan PBB bahawa Israel sebenarnya bertanggungjawab dalam konflik yang berlaku di Gaza namun tidak menyatakannya secara jelas.

Ujar beliau, “It is important to recognize the attacks by Hamas did not happen in a vacuum”.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guterres itu telah menyebabkan Menteri Luar Israel Eli Cohen ‘naik angin’ dan bertindak menundingkan jarinya terhadap Guterres dan menaikkan suara.

Perkara tersebut berlaku sewaktu berlangsungnya sesi Majlis Keselamatan PBB, di mana Guterres telah memperakui bahawa terdapat perlanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza dan mendesak agar gencatan senjata dilakukan.

Ujar beliau, “Saya sangat mengambil berat akan perlanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang jelas berlaku yang kita saksikan di Gaza. Biar saya jelaskan: Tiada pihak dalam konflik bersenjata ini yang tidak tertakluk pada undang-undang kemanusiaan antarabangsa”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: