Antarabangsa

Trend ‘Beer Halal’ Di Indonesia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 14 November 2022 – Melihat trend minuman yang sedang berkembang di Indonesia, syarikat Rasa Group mengeluarkan Ramoe, inovasi minuman yang didakwa memberi sensasi seperti meminum bir tetapi tanpa kandungan alkohol, lapor sebuah portal berita Indonesia.

“Bercakap mengenai trend minuman, ia boleh dikategorikan kepada dua; minuman beralkohol dan tidak beralkohol. Tetapi apa yang pasti permintaan untuk minuman lebih sihat, termasuk alternatif bir tanpa alkohol dan rendah kalori, terus meningkat,” kata Pengurus Jualan dan Pemasaran Rasa Group, Jordy Junius sewaktu pelancaran Ramoe di pameran SIAL InterFood 2022 di Jakarta, minggu lalu.

Lapor portal berita tersebut, ‘beer halal’ ini yang juga telah diiktiraf dengan pensijilan halal bakal menjadi ‘senjata’ daripada pihak Rasa Group dalam memenuhi trend minuman tahun hadapan.

“Yang paling hampir adalah Lebaran (tahun hadapan). Kami telah menyediakan beberapa kempen, jadi menjelang saat Lebaran, orang ramai akan terkejut apabila boleh minum minuman seperti bir tanpa alkohol.”

“Ramoe diinovasi kerana kami sedar bahawa ramai orang ingin merasai keseronokan sewaktu dalam acara atau ketika bersantai tetapi mempunyai keyakinan atau keadaan fizikal yang terhad.”

Menurut sebuah lagi portal dalam laporannya mengatakan Ramoe merupakan penyelesaian terbaik buat individu yang “tidak boleh” atau “tidak diperbolehkan” untuk menikmati minuman beralkohol.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Rasa Group, Shirley Ruslie berkata minuman tersebut diharapkan dapat diminum oleh semua golongan terutama bagi mereka yang tidak diperbolehkan minum minuman alkohol.

Walau bagaimanapun, lapor detikfood, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Lembaga Pengkajian Pangan Obat-Obatan dan Kosmetika – Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) mengenai sijil halal bagi produk tersebut kerana katanya produk makanan dan minuman yang mirip dengan produk tidak halal tidak boleh diiktiraf sebagai halal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: