Tempatan

Trauma, Penduduk Dakwa Projek Tebatan Banjir Burukkan Keadaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PASIR MAS, 14 Disember 2022 – Masalah banjir yang melanda tiga kali di Kampung Serongga dikatakan berpunca daripada Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Penduduknya mendakwa, pembinaan benteng PLSB bukan mengatasi banjir, malah ia menyusahkan rakyat.

Jamilah Mohamad, 39, berkata, ini kali ketiga beliau berdepan banjir dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya trauma dengan banjir yang berlaku, saya berpindah awal kali ini ke PPS.”

“Saya mengalami kerugian RM20,000 akibat banjir pada Februari lalu dan tidak menyangka air boleh mencecah paras bumbung rumah meskipun kawasan kediaman sudah tinggi.”

Katanya, banyak harta benda penduduk kampung rosak terutama kereta dan motosikal.

“Mereka meletakkan kenderaan di perkarangan rumah saya yang sememangnya menjadi lokasi selamat, namun tetap tenggelam pada Februari lalu,” ujarnya.

Seorang penduduk, Asraf Ahmad, 24, menggesa pihak berkuasa segera menyelesaikan masalah tersebut dengan menebuk benteng PLSB untuk mengeluarkan limpahan air Sungai Golok.

Jelasnya, sebelum pembinaan benteng PLBS dibina, air banjir tidak pernah masuk ke dalam rumah penduduk.

“Keadaan itu menyebabkan rumah penduduk dinaiki air sehingga kami terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit sepanjang tiga kali banjir yang berlaku tahun ini iaitu pada Februari, bulan lalu dan baru-baru ini.”

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan PLSB Sungai Golok Fasa 1 kini telah mencapai kemajuan fizikal 64 peratus sehingga 16 Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2024.

Jelasnya, projek itu dibina untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan yang berdekatan Sungai Golok selain dari meningkatkan keselamatan serta kedaulatan negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: