PerundanganTempatan

Kes Nik Elin : ‘Semi-Colon Effect’, Perlu Diberi Perhatian – Yusfarizal Yusoff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Putrajaya (17 Ogos 2023) – “Jika kita melihat kepada Item 1 di dalam Senarai Negeri, Yang Amat Arif & Yang Arif.. permulaan hujah saya ada seperti berikut, terdapat beberapa pendekatan untuk mentafsirkan Item 1. Tun Raus di dalam ZI Publication, menggunakan pendekatan harmoni. Pendekatan Tun Hamid di dalam Sulaiman Takrib, dan pendekatan dalam kes Iki Putra menekankan klausa pengecualian (preclusion clause)..”

Peguam Yusfarizal Yusoff, memulakan hujahan hari ini sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Beliau mengemukan hujahan yang memberi tumpuan kepada pentafsiran Perlembagaan untuk tidak mengenepikan kepentingan ‘tanda’ (punctuation mark) seperti tanda koma dan koma bertindih (semi colon) di dalam mentafsirkan apa-apa undang-undang.

“Kluasa pengecualian (preclusion clause) Item 1, memisahkannya kepada 8 kategori.. jika kita melihat kepada kategori-kategori tersebut, ia mempunyai subjek-subjek tertentu.. persoalannya ialah, kenapa di dalam Kategori ke 5, pewujudan kesalahan yang melanggar precept of Islam, diletakkan di dalam Kategori ke 5, yang mana ianya dipisahkan oleh koma bertindih (semi colon), terletak di dalam subjek masjid, rumah ibadat dan rumah ibadat Islam?”

Yusfarizal menjelaskan kepada Mahkamah, kewujudan koma bertindih di dalam Item 1, menunjukkan pemisahan-pemisahan kategori dengan subjek-subjek tersendiri. Beliau menunjukkan kepada Mahkamah, bagaimana Item 1 di dalam senarai negeri mempunyai 8 kategori subjek seperti yang beliau jelaskan di dalam Perkara 12 dan 14 Hujahan Bertulis yang diserah kepada Mahkamah.

Dalam Perkara 14, dijelaskan Item 1 mengandungi 8 kategori dengan subjek berikut :

Category 1 Islamic Law, Personal Law & Family Law
Category 2 Waqaf, trust and charities
Category 3 Malay Customs
Category 4 Zakat and religious revenue
Category 5 Mosque, worship place & creation of offence against precept of Islam
Category 6 Syariah Court
Category 7 Control of propagation
Category 8 Determination of matter of Islamic Law, doctrine and Malay Custom

Beliau seterusnya merujuk kes Mahkamah Persekutuan, Tebin Mostapa v. Hulba-DanyalBalia & Anor [2020] 7 CLJ 561, yang  menegaskan dalam mana-mana usaha pentafsiran provisi undang-undang, perkataan-perkataan yang digunakan mesti diberikan perhatian penuh.

Beliau turut merujuk kes Dato’ Mohamed Hashim Shamsuddin v. The Attorney-General, Hong Kong [1986] 1 CLJ 377; [1986] CLJ (Rep) 89; [1986] 2 MLJ 112 berkenaan penggunaan tanda baca di dalam undang-undang. Hakim di dalam kes tersebut menyebut :

I wholly reject this contention. Its punctuation forms part of any statutory enactment and may be used as a guide to interpretation. The day is long past when the courts would pay no heed to punctuation in any written law [Hanlon v. Law Society [1981] AC 124, 197 – 198 (at pages 197 – 198 per Lord Lowry)], and the presence or absence of a comma may be highly significant…

Beberapa kes berikut turut dirujuk, Prithipal Singh @ Kirpal Singh s/o Wadhawa Singh v. Dato Bandar, Kuala Lumpur And Golden Arches Restaurant Sdn. Bhd. (Interveners) [1993] 4 CLJ 107, Thameez Nisha Hasseem v. Maybank Allied Bank Bhd [2023] 5 CLJ 874, CIMB Bank Berhad v. Sivadevi Sivalingam (2020) 2 CLJ 151, Mok Yii Chek v Sovo Sdn Bhd & Ors [2015] 1 LNS 448.

Justeru itu menurut hujahannya, pihaknya secara rendah hati menyampaikan kepada Mahkamah bahawa kesan kepada tanda baca koma bertindih itu ialah untuk memisahkan Item 1 Senarai Negeri kepada kategri-kategori yang telah disebutkan awal tadi.

Pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan itu mesti hanya tertakluk kepada perkara melibatkan Masjid atau mana-mana tempat ibadat orang Islam seperti di dalam Kategori ke 5 Item 1.

Hujah beliau lagi, Klausa Pengecualian di atas, hanya terpakai untuk perkara yang dinyatakan di dalam Kategori ke 5 sahaja.

Dalam masa yang beliau turut menghujahkan, negeri mempunyai bidangkuasa untuk membuat undang-undang Islam melalui Jadual ke Sembilan Senarai II Item 9.

Beliau juga turut menghujahkan tidak timbul masalah tiada konsistensi kerana telah menjadi amalan undang-undang untuk sentiasa membaca Pelembagaan secara harmoni.

Untuk perkara ini, beliau menjelaskan perkara berikut. Pewujudan kesalahan oleh Negeri-Negeri melalui Item 9 berkenaan Undang-Undang Islam, akan hanya melibatkan penganut Islam dengan had 18 jenis kesalahan yang telah ditetapkan oleh Akta Mahkamah Syariah 1965, yang merupakan undang-undang Persekutuan.

Membaca Perkara 75, Perkara 3 dan Perkara 10 secara harmoni, menunjukkan penganut Islam di dalam negara terikat dengan dua jenis undang-undang, iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Kedua-duanya boleh dikuatkuasakan secara harmoni dengan menggunakan Seksyen 59 Akta Tafsiran 1956 bagi mengelakkan berlakunya pertuduhan bertindih dan berulang.

Beliau berhujah interpretasi yang dikemukakan di dalam hujahan ini tidak akan menyebabkan berlakunya tidak konsisten tetapi akan menyelesaikan secara tuntas semua masalah pembahagian duality undang-undang di Malaysia.

Mahkamah Persekutuan semalam memulakan sesi pendengaran untuk semakan kehakiman ke atas 20 Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang dicabar oleh Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Natasha.

Mahkamah bersidang dengan koram 9 Hakim. Y.A.A. Tun Tengku Maimun Binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara, kemudiannya menangguhkan sesi pendengaran ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: