Antarabangsa

Tragedi Ubat Batuk India, Syarikat Guna Bahan Toksik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 29 Jun 2023 – Terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahawa sebuah syarikat penghasil ubat batuk India yang telah menyebabkan keracunan 19 orang kanak-kanak di Uzbekistan sebenarnya telah menggunakan bahan toksik bergred industri dan bukannya bahan sah farmaseutikal.

Syarikat tersebut, Marion Biotech telah membeli bahan tersebut iaitu propylene glycol (PG) daripada syarikat Maya Chemtech India sebagaimana yang telah dilaporkan oleh media.

BACA JUGA: Rejim Zionis Racun Tanah Palestin, Dedah New York University

BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing

BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara – JAKIM

Namun Maya tidak mempunyai lesen bagi menjual bahan-bahan bergred farmaseutikal dan hanya berurusan bagi bahan yang bergred industri sahaja.

Sumber menyebutkan bahawa sirap ubat batuk itu dihasilkan daripada bahan PG yang bergred industri yang mana ianya adalah sejenis bahan toksik yang lazimnya digunakan bagi menghasilkan cecair pencuci, bahan anti-beku, cat serta bahan tambahan bagi meningkatkan keberkesanan racun serangga.

Mereka yang terlibat dalam penyiasatan kes Marion turut menyatakan bahawa syarikat tersebut tidak melakukan sebarang ujian terhadap bahan tersebut sebelum menggunakannya di dalam sirap ubat batuk untuk dijual di Uzbekistan.

Undang-undang berkaitan dadah dan kosmetik di India sebelum ini telahpun mewajibkan para pengilang memastikan keselamatan bahan yang mereka gunakan.

Sebuah analisa yang dijalankan pada tahun lalu oleh Kementerian Kesihatan Uzbekistan menunjukkan bahawa sirap ubat batuk yang dihasilkan Marion itu mengandungi jumlah bahan toksik diethylene glycol dan ethylene glycol yang mana ianya sebenarnya sama sekali tidak boleh dimasukkan ke dalam tubuh manusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: