Antarabangsa

Tragedi Terburuk Dalam Dua Dekad, 1,000 Terkorban Gempa Bumi Afganistan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KABUL, 23 Jun 2022 – Lebih 1,000 terkorban dan dianggarkan 1,500 orang tercedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan. Gempa bermagnitud 6.1 itu dikatakan sebagai tragedi terburuk yang pernah menggegar negara berkenaan dalam tempoh dua dekad.

Seorang petani menangis ketika ditemubual BBC, dia menyatakan pasukan penyelamat masih belum tiba di salah satu lokasi paling teruk terjejas, Gyan.

“Saya datang pagi ini dan menemui 40 mayat, hanya orang dari bandar dan kampung sebelah sahaja yang datang ke sini menyelamatkan orang.”

“Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak. Memang ada hospital di sini tetapi ia tidak mempunyai kapasiti bagi menangani situasi tersebut.”

Beratus-ratus rumah musnah dilanda gempa pada kedalaman kira-kira 51 kilometer ini yang gegarannya dirasai di lebih 500 kilometer di Pakistan, Kabul, Islamabad dan India.

 

Leave a Reply

Back to top button