Tempatan

Tragedi Tanah Runtuh: Nak Tunggu Ada Kematian Baru Ambil Tindakan?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 08 Ogos 2023 – Sudah sembilan bulan berlalu sejak tragedi tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Pangsapuri Bukit Kecil berlaku namun sehingga kini, penduduk mendakwa tiada sebarang kerja baik pulih berskala besar dilakukan oleh pihak berwajib.

Tinjauan media mendapati, kain kanvas yang menutupi runtuhan tanah juga sudah kelihatan lusuh dan tidak mampu berfungsi dengan berkesan.

Penduduk, Suhkinah Salmee berkata, di awal kejadian runtuhan tanah, ramai yang datang meninjau keadaan dan berjanji hendak menyelesaikan masalah tersebut tetapi kini dipandang remeh.

BACA JUGA : Mufti NZ Gesa Umat Islam Jauhi Kumpulan Sihulk, Komuniti Bantah Pemberian Suaka

BACA JUGA : Rakyat Rayu Kerajaan Bantu Bina Jalan Dan Kemudahan Asas

BACA JUGA : Shopee Hapus Serta-Merta Penjualan Air Minuman SiHulk

“Masa mula-mula kejadian, ramai yang datang melihat kawasan. Kira macam ‘action’ la juga. Tapi masuk beberapa bulan selepas itu, tiada lagi tindakan yang diambil.”

“Kalau tengok kanvas sekarang ini pun dah koyak rabak. Tak tahu la nak tunggu lagi teruk ke kanvas tu jatuh baru nak ganti kanvas baru.”

Sementara itu, Muhammad Lokman Ramli berkata, pihak berkenaan berjanji hendak menyelesaikan masalah ini setelah musim panas tiba.

“Orang Kerajaan ada mari dan cakap akan ditutup sementara. Saya ingat sekejap jelah sebab dia cakap kena tunggu musim panas baru boleh baiki balik.”

“Jadi kita tunggu sampai hari ni tiada tindakan susulan diambil. Saya bimbang akan keselamatan penduduk di sini terutama budak-budak yang suka bermain di kawasan lapang berhampiran flat ini.”

Menurutnya, pelbagai aduan dan laporan telah dikemukakan oleh penduduk di sini, namun semuanya umpama mencurahkan air ke daun keladi.

“Kalau kereta atau bangunan yang rosak, saya boleh terima lagi. Tapi kalau ada kematian macam mana? Siapa nak bertanggungjawab? Nak tunggu ada kematian baru ambil tindakan?” soalnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: