Antarabangsa

Tragedi MH17-“Jalan Terbaik Ialah Untuk Kita Mendakwa Puak Pemisah”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Mantan komander Identifikasi Mangsa Bencana polis bagi tragedi penerbangan Malaysia Airlines MH17 merangkap ahli bagi Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) telah membuat kenyataan bahawa keputusan untuk menghukum tiga orang suspek pemisah Ukraine adalah jalan terbaik yang dapat dibuat oleh pasukannya.

Datuk Hussein Omar Khan selanjutnya menyatakan bahawa beliau percaya bahawa sebuah agensi berstruktur yang mampu membuat keputusan dan memberi arahan bertahap tinggi sebenarnya terlibat dalam kejadian MH17 itu.

Menurut Hussein, mereka yang memahami situasi serta keadaan politik di kawasan tersebut iaitu Rusia, Ukraine dan Kesatuan Eropah mungkin memahami apa yang berlaku.

BACA JUGA: KDN Rampas Bahan Al-Quran, Peranti Elektronik Bernilai Hampir RM62,000

BACA JUGA: Penjualan Padi: Kartel ‘Bunuh’ Kilang Kecil Bumiputera

BACA JUGA: Sungai Dicemari Air Larut Resap, Punca Kematian Ikan

Ujarnya lagi, semua orang tahu bahawa kejadian tersebut bukanlah akibat daripada tindakan satu atau dua orang sahaja.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa apa yang boleh dilakukan oleh JIT adalah mengumpulkan bukti daripada tapak kejadian, membuat kesimpulan dan seterusnya memperincikan penyiasatan tersebut kepada siapa yang melakukannya, bagaimana ianya dilakukan, apa yang terjadi dan siapa yang bertanggungjawab.

Hussein yang kini merupakan Ketua Polis Selangor menambah bahawa bahagian lain di sebalik hal ini adalah sukar untuk dibuktikan. Seseorang memerlukan bukti yang kukuh kerana ianya melibatkan diplomasi dengan negara-negara lain, para pemimpin dan perspektif politik yang lebih besar.

Beliau seterusnya menyimpulkan bahawa berdasarkan bukti yang dikumpulkan serta maklumat yang diperolehi, pihak beliau percaya bahawa kelompok-kelompok pemisah yang melakukan perkara tersebut kerana mereka yang sedang berada dalam peperangan dengan tentera Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: