Antarabangsa

Tragedi Lebih Besar Dari WWII Mungkin Berlaku – Presiden Serbia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 25 Jun 2024 – Presiden Serbia, Aleksandar Vucic telah membuat kenyataan bahawa keadaan dunia kini adalah tidak stabil. Justeru pihak perkhidmatan keselamatan Serbia mesti “bersedia untuk sebaran senario yang berkemungkinan berlaku”.

Vucic sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang menekankan berkenaan konflik Ukraine sebagai sebuah krisis yang mampu berubah menjadi perang dunia ketiga.

Kenyataan terbaharu Vucic itu telah dikeluarkan sewaktu beliau menghadiri majlis penganugerahan bagi para pegawai polis pada Ahad lalu.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut membuat seruan terhadap Menteri Dalam Negeri di bawah pimpinannya untuk memastikan bahawa “tidak kira betapa sukarnya keadaan di Eropah, setiap inci tanah Serbia mestilah dipastikan selamat”. Ujarnya lagi,

“Kita kini sedang hidup di dalam dunia yang mana tiada keselamatan atau kestabilan, dan ianya adalah mustahil untuk membuat jangkaan mudah berkenaan apa yang bakal berlaku sebelum hujung tahun ini, apatah lagi untuk membuat perancangan untuk masa depan”.

“Justeru, kita hendaklah memikirkan tentang negara kita dan membuat persediaan sebaiknya bagi setiap kemungkinan yang boleh berlaku”.

“Saya tahu apa yang akan berlaku di dunia ini, saya tahu situasi di sini akan menjadi lebih sukar, maka adalah penting untuk memastikan bahawa kita mempunyai rizab simpanan, dan untuk bersedia untuk tempoh ini”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: