Tempatan

Tragedi Kepala Air Kemaman: Identiti 8 Individu Dikenal Pasti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEMAMAN, 03 Julai 2023 – Identiti lapan mangsa yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih semalam telah dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, tujuh mangsa yang masih hilang adalah dari keluarga yang sama. Mereka ialah Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Manakala seorang lagi mangsa pula merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24.

BACA JUGA: Hampir 300 Kes Buang Bayi Dalam Tempoh 2 Tahun

BACA JUGA: NASA Kitar Semula Air Kencing & Peluh Jadi Air Minuman

BACA JUGA: Azan Itu Syiar & Hak Perlembagaan Islam, Kami Akan Pertahan – Ketua PEMBELA Pulau Pinang

Semalam, pengguna media sosial dikejutkan dengan tragedi di mana 10 individu dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air ketika berkelah di kawasan rekreasi itu.

Dua mangsa yang telah ditemui dikenal pasti sebagai ibu dan anak.

Dua mayat pertama iaitu Azizah Eiyi, 40, ditemukan orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut manakala mayat anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, dijumpai di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih pada pukul 12.45 tengah hari.

Operasi SAR hari ini akan membabitkan tiga fasa kawasan pencarian mengikut kekuatan dan bantuan sedia ada operasi pasukan pencarian.

Selain itu, maklumat berhubung proses pencarian akan dimaklumkan pagi ini dan operasi SAR itu bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca.

*Maklumat Terkini*

Setakat pukul 12 tengahari hari ini, dua lagi mayat mangsa tragedi ditemui pada pagi Isnin sementara enam yang lain dikhuatiri masih hilang.

Mayat ketiga dan keempat ditemui masing-masing pada pukul 11.05 dan 11.25 pagi tadi, maklum Superintenden Hanyan Ramlan.

*Terkini*

Tujuh lagi mangsa tragedi kepala air berdekatan Jeram Mawar, Air Purih di sini ditemukan lemas, setakat pukul 1 tengah hari ini, lapor portal tempatan.

“Mayat ketiga yang ditemukan ialah Muhammad Haziq Ziqree Karim,6, ditemui di kawasan sektor B pencarian iaitu di sungai berhampiran Kampung Teladas,” kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan.

Ujarnya, jumlah tersebut menjadikan mangsa yang terkorban dalam tragedi itu setakat ini seramai sembilan orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: