Terkini

Tragedi Kepala Air: APM Keluarkan Langkah Keselamatan Awal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2023 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyeru orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan awal sebelum melakukan sebarang aktiviti di kawasan jeram, air terjun atau lokasi rekreasi air yang bukan kawasan rekreasi awam.

Ketua Pesuruhjayanya Aminurrahim Mohamed berkata, sebagai langkah utama, mereka diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran jika mahu melakukan aktiviti dan pergerakan.

BACA JUGA: Isu Menteri Buat ‘Kecoh’ Di KLIA: SPRM ‘Buru’ Ejen

BACA JUGA: PERHATIAN! Fenomena Air Pasang Perbani Berlangsung 4 Hari Ini

BACA JUGA: Kerajaan Tanggung 4,000 Lesen PSV Kepada Yang Layak

Orang ramai juga perlu mengambil tahu situasi cuaca di lokasi dituju dan memastikan kawasan perkhemahan didirikan di tapak dan jarak selamat dari gigi air.

“Ia bagi memastikan mereka mempunyai masa mencukupi untuk menyelamatkan diri jika berlaku kenaikan paras air yang drastik. Mereka yang mahu melakukan aktiviti sedemikian juga diminta memastikan diri dan ahli keluarga dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, katanya, peka mengawasi aktiviti ahli keluarga, terutama anak-anak di dalam air serta mengesan sebarang perubahan air seperti paras ketinggian, warna, kederasan dan keberadaan puing-puing asing yang timbul di permukaan air.

“Perubahan itu antara petunjuk untuk mengesan sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku dan membolehkan mereka yang berkhemah mengambil langkah keselamatan awal mencegah kejadian kepala air seperti di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman,” katanya.

Sabtu lalu, negara dikejutkan dengan tragedi di mana 10 individu dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih.

Fenomena air pasang itu dipercayai menyebabkan paras air naik mendadak sehingga 10 meter menyebabkan 10 mangsa yang berada di lokasi kejadian berkemungkinan tidak sempat menyelamatkan diri.

Justeru, Aminurrahim mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan impak angin kencang dan hujan lebat yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh, kepala air, kerosakan struktur dan pokok tumbang, bukan sahaja di lokasi rekreasi awam, malah di kawasan awam dan kediaman.

Ia susulan ramalan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengenai fenomena angin baratan yang dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: