Antarabangsa

Tragedi Kanjuruhan: Terdakwa Mengaku Arah Anak Buah Tembak Gas Pemedih Mata

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SURABAYA, 27 Januari 2023 – Salah seorang individu yang terdakwa berhubung kes Tragedi Kanjuruhan mengaku telah mengarahkan anak buahnya untuk melepaskan gas pemedih mata ke kawasan penyokong.

Terdakwa, AKP Hasdarmawan mengaku telah mengarahkan anak buahnya untuk melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong sewaktu perlawanan bola antara Arema FC menentang Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, 1 Oktober tahun lalu.

BACA JUGA: “LRT Zombie” Laluan Ampang Alami Kelewatan, RapidKL Mohon Maaf

BACA JUGA: Siti Bainun Diarah Bela Diri, Walaupun Tiada Peguam

BACA JUGA: Kemasukan HDB: Ancaman Yang Boleh Menggugat Kedudukan Umat Islam – Penyelidik IRIS

Menurut Hasdarmawan, beliau bertindak mengeluarkan arahan tersebut selepas sejumlah penyokong melemparkan botol kepada salah seorang pegawai polis.

“Saya berfikir kekuatan polis sedikit. Kalau tidak dihalau, maka kami semakin diserang. Boleh dibayangkan kalau tidak dihalau, kami jadi apa,” jelasnya.

Oktober tahun lalu, Stadium Kanjuruhan, Malang menyaksikan tragedi rempuhan sehingga mengakibatkan 135 penyokong maut dan cedera.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia (KOMNAS HAM) mengesahkan bahawa punca utama kematian 135 mangsa dalam tragedi rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang adalah berpunca daripada gas pemedih mata yang digunakan pihak polis.

Tragedi itu sekali gus meletakkan Indonesia dalam lipatan sejarah yang menyedihkan apabila republik itu menduduki tangga ketiga dalam senarai negara paling banyak kematian dalam sejarah bola sepak dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: