Antarabangsa

Tragedi Bola Sepak Malang – Presiden Joko Widodo Kesal & Arah Siasatan Dijalankan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 03 September 2022 – Kesal dengan tragedi rusuhan bola sepak yang berlaku semalam, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan agar pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan lanjut ke atas tragedi tersebut dan membuat semakan teliti serta penambahbaikan dari segi keselamatan bagi semua perlawanan bola sepak yang akan datang.

“Saya sangat kesal dengan tragedi ini dan berharap agar ia menjadi tragedi bola sepak yang terakhir di negara kita,” ujarnya dalam satu laporan media luar negara.

Insiden ngeri itu berlaku selepas kekalahan pasukan Arema yang tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur dan membuatkan penyokong kelab tersebut ‘naik minyak’ sehingga mencetuskan satu rusuhan antara penyokong dan mengorbankan nyawa kira-kira 127 orang yang dua daripadanya adalah pihak polis ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia Usman Hamid memaklumkan bahawa tidak ada siapa-siapa yang harus kehilangan nyawa mereka hanya untuk satu perlawanan bola sepak.

“Kami menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan teliti, pantas dan bebas terhadap penggunaan gas pemedih mata di stadium dan memastikan mereka yang didapati melakukan keganasan dibicarakan di mahkamah secara terbuka dan tidak hanya menerima sekatan dalaman atau pentadbiran.”

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di TikTok, selepas berlakunya insiden terburuk dalam sejarah bola sepak yang meragut ratusan nyawa itu, Indonesia berkemungkinan akan diharamkan pihak FIFA, badan penyelia bola sepak dunia, selepas ini.

“Menurut laporan, kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut. Liga Indonesia digantung selama seminggu susulan insiden berkenaan,” lapor media tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: