Tempatan

Penubuhan Unit Integriti Langkah Proaktif Tangani Rasuah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – “Penubuhan Unit Integriti (UI) di setiap agensi Kerajaan adalah langkah proaktif bagi menangani isu rasuah, salah laku dan kelemahan tadbir urus,” tulis Mohamad Tarmize Abdul Manaf, Ketua Cawangan Integriti, Jabatan Kastam Diraja Malaysia di ruangan Meja Rencana sebuah portal berita tempatan.

Beliau berkata, pembudayaan integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan agensi itu sendiri merupakan langkah yang signifikan bagi menangani isu tersebut.

Hal ini kerana, UI yang dikawal selia dan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak sebagai titik fokus di agensi awam dalam pengurusan integriti, pencegahan rasuah dan menggalakkan tadbir urus yang baik.

Pada 1 Ogos 2013 terdahulu, penubuhan UI di semua agensi awam telah dikuatkuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Sehingga kini, sebanyak 331 agensi awam telah menubuhkan UI serta 502 agensi telah melantik Pegawai Perhubungan Integriti bagi menjalankan fungsi UI.

Kata beliau, kegagalan dalam mencegah gejala rasuah boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah kerajaan seperti yang berlaku di Sri Lanka sehinggakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menasihati kerajaan itu untuk menangani gejala rasuah dan menaikkan kadar cukai bagi memulihkan kembali ekonomi negara mereka.

Jelasnya, adalah mustahil untuk mencegah gejala rasuah itu secara keseluruhan namun ia boleh dikekang ke tahap yang paling minimum. Susulan itu, langkah awal pencegahan serta pendidikan berhubung isu itu penting bagi mengelaknya ia dari berlaku.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan turut berkata sekiranya rasuah tidak dikekang, ia aan menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat sama ada dalam perniagaan mahupun kehidupan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: