Tempatan

Tragedi Banjir Baling : Perdana Menteri Gesa Kedah Bertindak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 02 September 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan segera terhadap tiga kolam besar di puncak Gunung Inas sebelum perkara buruk terjadi semula.

“Dalam kejadian sebelum ini, yang pecah cuma tandak dan bukannya kolam. Jadi saya akan minta kerajaan negeri untuk ambil tindakan sewajarnya.”

“Tetapi isu kolam ini perlu diselesaikan kerana kalau kolam itu pecah nanti, banjir lebih teruk mungkin akan dihadapi penduduk dan demi keselamatan mereka,” katanya pada sidang akhbar Majlis Doa Selamat Sempena Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan dan Bencana Banjir Daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia, Kampung Teluk Durian pada Khamis lalu.

Menurutnya, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung perkara tersebut.

Kolam besar di puncak Gunung Inas tersebut dipercayai untuk kegunaan ladang musang king sebelum ini.

Sementara itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM17.8 juta telah diluluskan bagi membina kemudahan baharu di kawasan terjejas selain manfaat penduduk berhampiran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: