Tempatan

Tragedi Banjir Baling : Mangsa Rayu Tebing Sungai Dibaik Pulih

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 26 Ogos 2022 – Penduduk Taman Mesra Ria, Kupang, merayu agar Kerajaan membaik pulih tebing sungai yang runtuh akibat banjir 4 Julai lalu supaya tragedi sama tidak berulang lagi.

“Kami mohon Kerajaan baik pulih tebing sungai dengan segera, rumah kami juga banyak dah retak-retak, risau bila ada limpahan air sungai atau kepala air berulang, apa akan jadi?” kata seorang mangsa, Sulaiman Maarof, 58.

Menurutnya, perkara itu mendatangkan kebimbangan dan trauma penduduk biarpun kejadian itu sudah berlalu lebih sebulan lalu.

Tambahnya, kebimbangan penduduk adalah berasas memandangkan jarak antara rumah dengan tebing sungai hanya kira-kira 15 meter disebabkan hakisan.

“Rumah saya paling hampir dengan tebing sungai, ketika kejadian, habis semua peralatan dan perkakasan rumah terjejas termasuk perabot seperti katil dan tilam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Lokman Awang Kechil, 53, berkata, kejadian kepala air yang berlaku adalah paling buruk sejak dia menetap di perumahan itu 11 tahun lalu.

“Taman kami teruk juga dilanda banjir sehingga paras pinggang, habis selut penuh rumah dan banyak barang elektrik rosak.”

“Kalau boleh kami minta pihak terbabit bertindak segera bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.”

Sementara itu, Zakaria Abdul Aziz, 43, turut mengharapkan penyelenggaraan longkang secara berkala dan kerja-kerja mendalamkan sungai dilakukan.

Jelasnya, ia sebagai langkah berjaga-jaga dan tindakan segera bagi mengurangkan limpahan air sungai ke kawasan perumahan sehingga menyebabkan berlaku banjir besar yang mendatangkan risiko kerugian.

Julai lalu, hujan lebat tanpa henti selama 3 jam telah melanda daerah Baling sehingga menyebabkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengisytiharkan Darurat Bencana Tahap I dan II.

Tragedi itu juga telah mengorbankan seorang wanita hamil, adik iparnya dan seorang pesakit strok yang merupakan ibu mertuanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: