Tempatan

Sekolah Vernakular: Moga Tiada Lagi Mak Si Randang Membantu Orang Lain – Kamal Shukri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Januari 2022 – “Moga tiada lagi mak si randang membantu orang lain yang tidak perlu dibantu, tetapi membiarkan anak sendiri kelaparan, ujar Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani.

Beliau berkata demikian selepas mahkamah tinggi dalam perbicaraan tentang keabsahan sekolah vernakular di Malaysia, telah membuat keputusan bahawa sekolah vernakular diputuskan tidak bercanggah dengan perlembagaan di samping sekolah tersebut juga dikatakan bukanlah berstatus badan awam.

Justeru, jika benarlah seperti diputuskan iaitu status sekolah vernakular bukan bersifat badan awam maka tidak mustahil pihak kerajaan dan kementerian pendidikan sendiri boleh terdedah kepada tindakan undang-undang kerana menyalurkan bantuan yang begitu banyak setiap tahun atau secara berkala kepada institusi tersebut, kata Kamal Shukri.

Soal beliau, jika hal ini diambil kira maka apakah statusnya segala peruntukan tahunan berjumlah jutaan ringgit daripada belanjawan negara yang cukup banyak diberikan secara tetap setiap tahun kepada badan swasta selama ini seperti sekolah vernakular tersebut yang dikelaskan sebagai bukan badan awam?

“Tidakkah sebenarnya peruntukan yang besar itu sepatutnya disalurkan kepada ribuan sekolah kerajaan sendiri yang masih daif terutama di kawasan pedalaman semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?”

Tambah beliau, secara tidak langsung kerajaan dan kementerian pendidikan selama berpuluh tahun ini telah menganaktirikan institusi pendidikan milik kementerian sendiri yang masih banyak daif.

Segala peruntukan untuk sekolah tersebut boleh dialihkan sepenuhnya untuk memperkasa sekolah kebangsaan atau sekolah-sekolah yang sedia mematuhi kurikulum kebangsaan, falsafah pendidikan kebangsaan dan bahasa kebangsaan.

Bukan seperti sekolah vernakular yang dasar dan sikap kebanyakan mereka yang tidak mahu meraikan bahasa rasmi negara sebagai bahasa penghantar dan kurikulum yang tidak berkiblatkan negara ini misalnya seperti UEC.

Justeru, sebagai badan swasta sekolah tersebut sepatutnya membiayai sendiri semua perbelanjaannya dan tidak menggunakan atau memohon peruntukan kerajaan serta banyak taikun yang kaya-raya boleh dan sedia membantu mereka pada bila-bila masa sahaja.

Untuk lanjutan kes saman sekolah vernakular, peguam serta plaintif akan meneruskan rayuan di mahkamah seterusnya, iaitu Mahkamah Rayuan.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla, peguam yang mewakili plaintif-plaintif menyatakan pihaknya telah bersetuju untuk memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: