Antarabangsa

Menteri EU Mahu Pelancong China Diuji COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

BELGIUM, 04 Januari 2023 – Kebanyakan daripada 27 buah negara yang menjadi ahli Kesatuan Eropah (EU) mahukan agar penumpang yang datang dari China diperiksa secara sistematik untuk bagi tujuan saringan COVID -19 sebelum berlepas.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Suruhanjaya Eropah semalam. Kesepakatan kebanyakan ahli EU untuk mengaplikasikan tuntutan tersebut telah dibuat setelah berlangsungnya mesyuarat pegawai-pegawai kementerian kesihatan EU di Brussels pada hari semalam.

BACA JUGA: Sejuta Pelancong China Menjelang 2023 – MITA

BACA JUGA: Bawa Masuk Pelancong China, KKM Mahu Rakyat Ambil Dos Penggalak

BACA JUGA: COVID-19: Malaysia Perlu Berhati-Hati Menerima Pelancong Dari China

Sebuah mesyuarat khas mengenai krisis akan dijalankan pada hari ini berkenaan isu yang sama di mana keputusan akan diambil berkaitan dengan kaedah-kaedah koordinasi yang akan diguna pakai di seluruh negara ahli.

Perjumpaan-perjumpaan tersebut dijalankan setelah China memutuskan untuk membatalkan polisi sifar-COVID mereka, yang mana ianya telah menyebabkan peningkatan permintaan oleh warga serta penetap di China untuk penerbangan ke luar negara.

Sebelum ini, warganegara dan mereka yang menetap di China telah dikurung di negara tersebut dalam tempoh hampir tiga tahun.

EU mempunyai kebimbangan berkenaan kedatangan warga China ke negara-negara Eropah akan menyebabkan penularan varian-varian COVID-19 yang mungkin mampu mengelak daripada vaksin terkini.

Selain dari itu, terdapat juga kebimbangan mengenai data yang dikeluarkan oleh pihak negara China yang dikatakan tidak lengkap serta tidak memadai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: