Tempatan

Tommy Thomas Tidak Kebal Undang-Undang, Boleh Didakwa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2022 – Tan Sri Tommy Thomas, bekas Peguam Negara, adalah tidak “kebal” daripada didakwa. Berikut merupakan penjelasan oleh seorang bekas Peguam Negara, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.

Jelas beliau lagi, walaupun seorang Peguam Negara berkuasa untuk menentukan sama ada sesebuah dakwaan akan dibuat ataupun tidak, tetapi ia tidak membawa ‘kekebalan’ kepada Peguam Negara itu sendiri.

“Perlembagaan memberikannya kuasa untuk berbuat sedemikian sekiranya ada bukti yang mencukupi, dan dengan mengguna pakai undang-undang. Kuasa mutlak ini, bagaimanapun, tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang boleh digunakan sesuka-hati seseorang,” jelasnya.

Dalam membincangkan isu salah laku yang disebutkan dalam penulisan Tommy Thomas, sebuah memoir berjudul “My Story: Justice in The Wilderness”, pakar telah menggesa supaya hal tersebut disiasat dengan lebih lanjut, terutamanya dalam isu skandal pelantikan hakim Mahkamah Tinggi.

Shahril Sufian Hamdan, ketua penerangan UMNO turut meyatakan bahawa skandal pelantikan hakim tersebut bertentangan dengan undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sedia ada.

“Pelantikan individu yang menduduki pejabat kehakiman tertinggi pada Julai 2018 telah dipersetujui secara peribadi oleh Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Thomas, di mana nama-namanya berbeza dengan nama yang dipilih oleh JAC,” ujarnya.

Dalam pada itu, Professor Dr Nik Ahmad Kamal, pakar undang-undang, menyatakan bahawa kini ia tertakluk di bawah pihak berkuasa sama ada untuk mengambil tindakan berdasarkan hasil siasatan tersebut, ataupun tidak.

Namun, beliau menegaskan bahawa sebuah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah tidak perlu, kerana skop siasatan RCI kebiasaannya adalah kepada skop yang terperinci, dan bukannya skop yang luas seperti yang diperlukan dalam siasatan keatas penulisan Tommy Thomas ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: