Tempatan

Pihak Berkuasa Diarah Siasat Salah Laku Tommy Thomas – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEMBENTANGAN LAPORAN PASUKAN PETUGAS KHAS SIASATAN KE ATAS DAKWAAN-DAKWAAN DALAM BUKU BERTAJUK “MY STORY: JUSTICE IN THE WILDERNESS” TULISAN YBHG. TAN SRI TOMMY THOMAS, BEKAS PEGUAM NEGARA DALAM MESYUARAT JEMAAH MENTERI

Pasukan Petugas Khas Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, tulisan YBhg. Tan Sri Tommy Thomas, bekas Peguam Negara telah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

Laporan tersebut telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan (9) bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh YBhg. Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya itu.

Berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam Buku tersebut kepada empat (4) isu utama iaitu

(i) Dakwaan ke atas Badan Kehakiman;

(ii) Pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan;

(iii) Tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional; dan

(iv) Kenyataan berbaur hasutan.

Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan Kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil. Sehubungan itu, saya telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa berkaitan, bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh YBhg. Tan Sri Tommy Thomas.

Siasatan akan dijalankan antaranya di bawah;

(i) Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan;

(ii) Seksyen 4 Akta Hasutan 1948;

(iii) Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan

(iv) Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: