Tempatan

Tolak Tulisan Jawi Bermakna Tolak Bahasa Melayu! – Dato’ Dr Hasan Mad MPM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Jun 2023 – “Tolak tulisan Jawi bermakna tolak Bahasa Melayu!” tegas Dato’ Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam satu taklimat ringkas berkaitan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini.

Ulasnya, ramai orang yang tidak faham atau keliru atau sengaja mengelirukan orang bahawa Bahasa Melayu itu ada dua tulisan iaitu tulisan Jawi dan tulisan rumi.

BACA JUGA: Pelajar Hindu Mengaku Tuduhan Dipaksa Sekolah Pakai Hijab Adalah Palsu

BACA JUGA: Malaysia Antara Negara Catat Kadar Pencemaran Sungai Akibat Plastik Paling Tinggi Di Dunia

BACA JUGA: Melayu Digesa Bersatu Tolak Agenda ‘Malaysian Malaysia’ DAP

“Begitu juga dengan penulisan. Ramai orang tak faham, keliru atau sengaja mengelirukan orang, bahawasanya Bahasa Melayu itu ada dua tulisan; tulisan rumi dan tulisan Jawi. Jadi kalau ada pihak yang menolak tulisan Jawi bermakna menolak Bahasa Melayu. Semudah itu. Tetapi hari ini bila nak naik sahaja tulisan Jawi dekat PBT, pakat menolak dan sebagainya. Bukan mereka tak faham. Mereka tahu, tetapi sengaja mencuit kita.”

Tegasnya lagi, program yang dianjurkan pada Sabtu baru-baru ini bukan sekadar untuk berandau, menghasilkan prosiding, untuk keluarkan rencana TV dan sebagainya, tetapi kita nak mengambil tindakan bagi memastikan ‘keranda’ 152 tidak akan ada!

Kenyataan Dato’ Dr Hasan Mad ini dilontarkan dalam satu sesi dialog anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan samudera.my pada 3 Jun 2023 baru-baru ini bertajuk ‘Randau Ke-17: Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan; Bahasa Jiwa Bangsa’.

Siri dialog kali ini menampilkan Dato’ Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung MPM, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, Ahli Lembaga Penasihat MPM, Datuk Profesor Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, Pensyarah Kanan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), peguam, Tn Hj Haniff Khatri Abdulla dan Tn. Khairul Azam (Buzze Azam), selaku moderator program.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: