Antarabangsa

Kenapa Cikgu Perlu Menderita Buat Kerja Sampingan – Calon Gabenor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEXAS, 12 Mac 2022 – “Tiada guru Texas perlu bekerja dua atau tiga lagi pekerjaan demi untuk memenuhi keperluan hidup,” tegas Beto O’Rourke, calon gabenor di Texas.

Kenyataan yang disiarkan menerusi laman akaun Twitternya ini mendapat respons yang pelbagai dari pengguna media sosial yang lain.

VintageCoconutGrove contohnya amat bersetuju dengan kenyataan dari ahli politik Amerika itu.

“Preach!!! Tiada guru di mana-mana sahaja perlu bekerja dua atau tiga pekerjaan untuk mencukupkan keperluan hidup. Mereka bertanggungjawab ke atas masa depan negara kita.”

Pengguna media sosial itu bukan satu-satunya yang bersetuju dengan ahli Parti Demokratik tersebut. Pengguna yang lain juga dilihat bersetuju selain menegaskan, bukan setakat cikgu sahaja yang tidak perlu bekerja lebih dari satu pekerjaan, tetapi juga mereka dari bidang pekerjaan yang lain.

“Tiada siapa yang perlu bekerja dua pekerjaan untuk memenuhi keperluan hidup. Jika kita mempunyai gaji yang memenuhi keperluan hidup, satu pekerjaan sudah memadai,” kata Jessie, seorang pengguna media sosial.

Jonathan Maier juga senada dengan pendapat ini. Ujarnya, “Tiada siapa yang bekerja selama 40 jam seminggu patut melakukan kerja tambahan hanya untuk terus hidup. Itu adalah petanda ekonomi merudum.”

Terdahulu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat negara ini bahawa jurang kemiskinan dan perpecahan antara kaum akan menyebabkan Malaysia tidak mencapai status negara maju.

Tegas Dr Mahathir, kemiskinan tidak boleh diatasi jika golongan itu hanya menunggu bantuan kewangan yang diberikan kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata, kumpulan berkenaan perlu berusaha keras bagi menambah pendapatan mereka dan keluar daripada kadar kemiskinan.

“Sebenarnya mereka yang miskin boleh diperkayakan, ditambah pendapatan mereka dengan cara mereka berusaha.”

“Mereka mempunyai masa yang cukup untuk berusaha, kalau daripada satu punca mereka tidak dapat mengatasi masalah mereka, kita akan tentukan ada punca lain yang memberi pendapatan kepada mereka.”

“Sesungguhnya, mereka yang miskin mempunyai masa yang panjang untuk melakukan lain-lain kerja,” kata Tun Mahathir seperti yang dilaporkan portal Astro Awani.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: