Tempatan

Tokong Haram Atas Tanah MAIWP: AJK Minta Tangguh, Tak Faham BM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 April 2023 – Tokong Na Tok Kong di Taman Sri Kuching telah memohon lanjutan untuk memfailkan pembelaannya dalam saman pengusiran oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), menurut dokumen mahkamah seperti dalam laporan sebuah portal.

Afidavit dibentangkan Law Teck Hwa mewakili Datuk Asai Worshippers Association dan Persatuan Kebajikan Taman Sri Kuching selaku defendan mendakwa, mereka tidak mengetahui tuntutan itu, sehinggalah menerima surat daripada peguam MAIWP pada 23 Februari berhubung perbicaraan dalam talian yang dijadualkan pada 10 Mac.

Selain itu, ia mendakwa kesemua ahli jawatankuasa kedua-dua persatuan itu merupakan warga emas yang tidak boleh membaca Bahasa Melayu atau Inggeris sehingga menyebabkan kesukaran memahami kandungan surat yang diterima daripada MAIWP dan kelewatan mengambil tindakan sewajarnya seperti melantik peguam.

BACA JUGA: Sarawak Aktifkan Pangkalan Hadapan Musim Kemarau Buat Pertama Kali

BACA JUGA: Pembenihan Awan Bergantung Kepada Cuaca Semasa

BACA JUGA: Malaysia Akan Jadi Lebih Kering & Panas Bermula Jun Hingga Oktober

“Dokumen yang diperoleh defendan kedua dan ketiga hanya diperoleh sebaik sahaja peguam dilantik dan carian dilakukan melalui sistem e-filing,” kata surat itu.

Pada Ogos tahun lepas, peguam MAIWP dalam surat kepada defendan berkata, tanah di mana tokong itu didirikan adalah milik Majlis Agama Islam dan tokong itu telah dibina tanpa kebenaran.

Dalam afidavit sokongan yang disumpah oleh Pengurus Unit Undang-Undang MAIWP, Wan Mohd Sanusi Mohd Noor menyatakan bahawa hartanah itu tertakluk kepada syarat bahawa ia hanya digunakan sebagai tapak surau dan aktiviti lain yang berkaitan dengan agama Islam.

“Bagaimanapun, plaintif tidak dapat berbuat demikian kerana didapati sudah ada rumah ibadat iaitu kuil Buddha yang telah dibina di atas tanah tersebut tanpa kebenaran atau kelulusan plaintif,” kata afidavit itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: