Tempatan

Tokong Berhala Kuan Yin Terbesar Dunia Di Pulau Pinang Terbakar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 06 Februari 2022 – Kepantasan anggota bomba bertindak dalam detik cemas kebakaran di Kuil Kek Lok Si di Air Itam pada hari ketiga sambutan Tahun Baru Cina membuahkan hasil apabila api dapat dipadamkan sebelum merebak.

Kuil yang terbakar itu adalah tempat terletaknya patung berhala Dewi Kuan Yin yang terbesar dan tertinggi di dunia.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran kuil itu pada pukul 12.38 malam, menurut Ketua Operasi Balai Bomba Paya Terubong Shahril Anuar Mawardy.

Shahril Anuar berkata, “Terdahulu kita menerima panggilan mengenai kebakaran kuil yang terletak di puncak bukit Jalan Balik Pulau-Kampung Pisang, Air Itam, di sini.”

“Ketika di lokasi, didapati kebakaran berlaku di bahagian pavilion yang menempatkan patung dewi terbesar.”

Ini bukan kali pertama tokong berhala Kuan Yin terbesar di dunia yang menjadi tumpuan penganut Buddha terutama dari Asia Tenggara itu terbakar, malah ia pernah mengalami nasib malang yang sama pada 12 Oktober baru-baru ini yang telah mengakibatkan 70 peratus kemusnahan.

Dengan ketangkasan pihak bomba, kebakaran kali ini dapat dikawal dalam tempoh 15 minit dan membabitkan keluasan kira-kira 30 meter.

Shahril Anuar menerangkan, “Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 1.07 pagi sebelum anggota melakukan proses ‘overhaul‘ bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.”

“Kejadian berkenaan tidak membabitkan mangsa atau kemalangan jiwa dan operasi tamat pada jam 1.30 pagi.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: