Tempatan

Tok Mat Dedah Halang Pihak Cuba Beli Pharmaniaga Dengan Murah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2023 – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat pihak yang cuba untuk membeli Pharmaniaga Bhd dengan harga yang murah.

Menurut beliau, pihak yang melakukan tindakan tersebut telah menggunakan hubungan bertahap atasan bagi membeli syarikat farmaseutikal tersebut dengan harga di bawah pasaran.

BACA JUGA: Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal

BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam

Mohamad mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu berada di dalam majlis perasmian Pelan Strategik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2023-2025.

Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Mat turut menyatakan bahawa perkara melibatkan percubaan pembelian di bawah harga pasaran itu telah dibangkitkan sewaktu dalam beberapa mesyuarat Kabinet.

Menurutnya, terdapat beberapa orang yang telah membuat bidaan melalui beberapa pemimpin tinggi untuk membeli syarikat tersebut dengan harga yang murah namun beliau telah menolak tindakan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menyatakan pendiriannya dalam menghalang tindakan tersebut.

Beliau membuat penegasan dengan berkata, “Langkah mayat saya dulu.”

Pharmaniaga adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh Boulstead Holdings Bhd yang memegang 52 peratus daripada keseluruhan saham syarikat farmaseutikal itu. Manakala LTAT pula adalah syarikat induk bagi Boulstead, yang memegang 8.6 peratus pegangan terus dalam syarikat Pharmaniaga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: