To YBhg Dato’ Saifuddin Abdullah: LGBT: From Being Victim To Being Provocative – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
YBhg Dato’ Saifuddin Abdullah,
Jun adalah bulan PRIDE. Di mana komuniti LGBT menzahirkan mereka dan aktiviti mereka.
Kita sedang menyaksikan peningkatan kes provokasi proLGBT ke atas agama & budaya di Malaysia melalui platform media sosial yang ada.
Rakyat telah menggunakan segala saluran aduan yang ada, tetapi punca kuasa yang paling tuntas sudah tentulah dari Kementerian, yang sepatutnya harus bertegas.
Dato’ Saifuddin Abdullah,
Kami percaya SKMM mempunyai kuasa penuh ke atas platform media sosial yg membenarkan provokasi ini.
Aduan FB yang telah dibuat telah dikembalikan oleh FB Malaysia sebagai tidak melanggar sensitiviti/standard komuniti mengikut takrifan mereka. Sedangkan provokasi ini adalah ke atas semua agama. Bagaimana FB di Malaysia atau sebarang platform media sosial di Malaysia, boleh dibenarkan untuk menyiarkan sesuatu post yang tidak sesuai dengan nilai agama dan budaya di Malaysia?
Tidak memadai Kementerian sekadar “berpesan” kepada platform media sosial ini, sebaliknya harus menyiasat betapa “bias” mereka dalam soal censorship.
Berapa banyak posting individu yang sekadar menzahirkan prinsip agama ke atas LGBT disekat atas nama “melanggar standard komuniti” tetapi posting yang mengejek ajaran agama-agama dibenarkan berleluasa.
Dato’ Saifuddin Abdullah,
Your ministry should work hand in hand with other ministries, eg Minister of Religious Affairs, Education Ministry especially when Malaysia has stated clearly of our position on LGBT. We have yet to see a firm position from your ministry and from your goodself on this issue.
A firm policy will be reflected in how effective SKMM handle our complaints.
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
9 Jun 2021
*The views expressed here are those of author and do not represent the views of Samudera.my*