Tempatan

Penternak Desak Eksport Semula Ayam Sebelum Indonesia Kuasai Pasaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 04 Ogos 2022 – Penternak ayam mendesak agar eksport ayam ke Singapura disambung segera sebelum pesaing lain seperti Indonesia menguasai pasaran, kata Setiausaha Persatuan Penternak Ayam (Kecil dan Sederhana) Johor, Lau Ka Leng.

“Ini amat penting sekarang kerana bekalan ayam di negara ini telah stabil.”

“Semakin lama kita bertangguh, semakin tinggi peluang untuk kita tewas kepada negara lain yang kini sedang mengeksport ayam ke Singapura,” ujar beliau.

Katanya, mereka tidak mahu pengguna di negara itu terbiasa dengan bekalan ayam yang disejuk beku serta diproses dari Indonesia.

Berikutan itu, kata beliau, persatuan itu telah meminta pihak Kerajaan untuk menarik balik larangan eksport yang pernah dikuatkuasa sebelum ini.

Presiden Persatuan Pemborong Ayam Johor, Mohd Azmi Abdullah turut mengatakan bahawa kelewatan dalam menarik balik larangan eksport itu telah menyebabkan lebihan bekalan dan secara tidak langsung akan membunuh industri berkenaan.

“Harga siling ayam ialah RM9.40 sekilogram. Apabila bekalan berlebihan, harga ayam akan menurun tetapi pada masa yang sama kos penternakan ayam tidak berubah,” katanya.

Ujar beliau, penternak yang mempunyai modal besar mungkin boleh bertahan dengan bantuan subsidi Kerajaan tetapi bagi penternak kecil mereka terpaksa menjalankan perniagaan mereka dengan menanggung rugi yang akhirnya menyebabkan perniagaan mereka ditutup.

Oleh itu, beliau menyeru pihak Kerajaan agar menghapuskan harga siling ayam dan hanya memperkenalkannya pada musim perayaan bagi memulihkan industri itu.

“Jika Kerajaan risau eksport akan mengurangkan bekalan kami akan hadkan eksport. Kami boleh mula eksport dengan 10 peratus atau 30 peratus dan secara beransur-ansur meningkatkan jumlahnya apabila diperlukan.”

“Ini penting sekiranya kita hendak memastikan pasaran kita bergerak,” jelasnya.

Sebelum ini, pihak Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pengeksportan ayam yang berkuat kuasa 1 Jun lalu sehingga harga dan pengeluaran ayam di negara ini kembali stabil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: