Terkini

Ramai Sudah Tempah Tarikh, SOP Umrah Belum Wujud

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 05 Februari 2022 – “Ramai sudah buat tempahan sekarang. Kalau sekali lagi ada perubahan tarikh, ia mampu membuatkan banyak pihak rugi sama ada pengendali serta jemaah,” demikian keluhan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham.

Tambah beliau, sampai sekarang prosedur operasi standard (SOP) umrah masih belum diputus, sedangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tiba tarikh mengerjakan ibadah tersebut.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Sebelum ini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sudah dimaklumkan untuk tidak tergesa-gesa membuat pengumuman kebenaran mengerjakan ibadah tersebut, ujar beliau.

Makluman dibuat oleh Presiden Papuh kepada kementerian tersebut kerana mendapati terdapat percanggahan berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung penilaian risiko perjalanan yang hanya dapat dimuktamadkan kerajaan menjelang pertengahan Februari ini.

Menurut rekod, larangan mengerjakan umrah ditentukan oleh KKM dan sepatutnya kebenaran umrah juga perlu melalui kementerian tersebut, malah SOP juga KKM yang perlu umumkan, kata Datuk Seri Razali kepada Utusan Malaysia.

“Kebenaran menunaikan umrah pada tarikh berkenaan mencetuskan tanda tanya dan kekeliruan dalam kalangan pengendali syarikat serta jemaah.”

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah pula berkata, banyak pihak yang kini mengambil keputusan menangguhkan tempahan menunaikan umrah berikutan SOP yang masih belum diputuskan oleh kerajaan.

“Perkara tersebut dibimbangi memberi implikasi kepada syarikat pengurusan dan pihak yang mahu menunaikan ibadah tersebut dalam tempoh terdekat ini.”

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya digesa memuktamadkan SOP dan tarikh sebenar bagi perjalanan umrah yang sepatutnya ditetapkan pada 8 Februari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari 2022 sehingga tarikh yang dimaklumkan kelak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam melalui kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan kes harian COVID-19 di negara terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah jangkitan baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu ialah 7,234 kes.

Dr Noor Hisham turut memberitahu, sebanyak 7,000 kes melibatkan penularan tempatan manakala 234 jangkitan pula merupakan kes import.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: