Tempatan

Gangguan Bekalan Air: Majikan Dilarang Paksa Pekerja Cuti, Potong Gaji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUTTERWORTH, 09 Januari 2024 – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim memberi amaran kepada majikan di Pulau Pinang agar tidak memaksa pekerja mereka mengambil cuti atau memotong gaji pekerja sepanjang gangguan bekalan air di negeri itu yang dijangka berlaku sehingga empat hari bermula Rabu ini.

Tegasnya, mana-mana majikan yang melanggar peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kerja 1955.

“Saya minta kalau ada kes sebegini sama ada daripada pihak majikan atau pekerja, boleh rujuk kepada JTK (Jabatan Tenaga Kerja) untuk mendapatkan panduan serta nasihat sebelum melaksanakan sebarang dasar.”

“Kalau ada majikan yang tidak faham mengenai garis panduan ini, mereka juga boleh rujuk kepada JTK untuk maklumat lanjut,” katanya.

Sim berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang di Seberang Jaya, dekat sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kebanyakan pengilang khususnya dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka menghentikan operasi mereka untuk sekurang-kurangnya dua hari susulan gangguan bekalan air tersebut.

Pengerusi Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Teong Li dipetik sebagai berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana kebanyakan kilang memerlukan penggunaan air yang banyak dalam operasi harian masing-masing.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: