Tempatan

Tindakan Tegas Perlu Diambil Siasat Insiden Tular VIP Buat Kecoh Di KLIA – CUEPACS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu pihak berkuasa dan Kerajaan melakukan siasatan terperinci berkenaan isu tular mengenai seorang Menteri yang didakwa membuat ‘kecoh’ serta menceroboh dewan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini. Tindakan itu didakwa dilakukan hanya kerana mahu menyelamatkan pelancong asing yang ditahan ketika mahu memasuki negara. Sekiranya perkara itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa, CUEPACS berasa amat kesal sekali kerana ia melibatkan pelanggaran protokol keselamatan negara serta mengganggu tugas penjawat awam.

Sebagai individu yang bertaraf Menteri, adalah tidak wajar perkara tersebut dilakukan. Semua pihak termasuk pemimpin negara sewajarnya memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas. Tidak wajar kelakuan menceroboh itu dilakukan kerana ia jelas melanggar prosedur keselamatan atau SOP yang telah ditetapkan. Sekiranya berlaku salah faham dalam proses penahanan pelancong terbabit, Menteri terbabit boleh memberikan bantuan mengikut prosedur atau mendapatkan maklumat yang lebih jelas dahulu daripada pihak berkuasa di lapangan terbang.

Justeru itu, CUEPACS berharap satu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa dan Kerajaan dalam memastikan tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang. Tiada individu yang lebih besar daripada undang-undang negara dan jika berlakunya perlanggaran undang-undang dalam hal ini, tindakan tegas wajar diambil oleh Kerajaan bagi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang. CUEPACS tidak mahu tugas yang dilaksanakan oleh penjawat awam bagi menjaga kedaulatan negara diganggu hanya kerana kepentingan peribadi pihak tertentu. Setiap tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam sudah pasti berlandaskan undang-undangs sedia ada.

PRESIDEN CUEPACS
DATO HAJI ADNAN MAT

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: