Tempatan

HFMD: Dua Kanak-Kanak Dimasukkan Ke ICU – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 27 Mei 2022 – Terdapat dua kes HFMD positif yang telah dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis), menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kedua-dua pesakit yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami komplikasi radang otak tersebut adalah kanak-kanak berumur bawah 6 tahun.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 43,736 kes (93%), diikuti oleh kumpulan umur 7 hingga 12 tahun iaitu 2,765 kes (6%).

BACA: Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang Kerana Tularkan Penyakit HFMD

BACA: Akhirnya Kejayaan Besar, Kuil Ladang Kirby Kekal

BACA: Ahli Parlimen Kerajaan India Seru Kuil Untuk Murtadkan Umat Islam

Selain itu, majoriti lokasi penularan wabak berlaku adalah di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu sebanyak 711 wabak (61%).

Justeru, sekiranya kejadian kes HFMD berlaku di taska, tadika dan sekolah, perkara tersebut perlulah dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan.

Orang ramai juga terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat-tempat yang berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam, jelas Dr Noor Hisham.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mendedahkan sejumlah 47,209 kes penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia telah dilaporkan iaitu dengan peningkatan sebanyak 20 kali ganda berbanding tahun 2021.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: