Tempatan

Melaka Keluarkan SOP Solat Terawih Seminggu Sebelum Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 09 Mac 2022 – Melaka membenarkan solat Terawih di masjid dan surau seluruh negeri, namun Prosedur Operasi Standard (SOP) masih belum ditetapkan lagi.

“SOP solat Terawih akan dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan, namun apa yang saya nak tekankan kita masih lagi mengekalkan amalan memakai pelitup muka dan mengimbas MySejahtera,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Jelasnya, SOP solat Terawih masih di peringkat perbincangan dan akan diputuskan selepas meneliti situasi semasa pandemik COVID-19.

Katanya lagi, segala aktiviti dan jamuan sepanjang Ramadan juga akan diputuskan dalam pekeliling tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Pasca Perkahwinan Cinta Penghujung Senja pada 6 Mac yang lalu.

Mengulas lanjut mengenai solat berjemaah di masjid dan surau ketika ini, beliau berkata SOP sedia ada masih terpakai namun tidak menyarankan mereka yang dikesan kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19 untuk hadir berjemaah bagi mengelakkan tercetusnya kluster di masjid dan surau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: