Antarabangsa

Dituduh Pengintip UK, Bekas Menteri Iran Digantung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 16 Januari 2023 – Iran telah menjalankan hukuman gantung terhadap mantan timbalan menteri pertahanan negara itu atas tuduhan menjadi pengintip bagi pihak United Kingdom (UK), sebagaimana yang telah disahkan oleh rangkaian berita rasmi kehakiman negara itu.

Reza Akbari, seorang yang mempunyai dwi-kewarganegaraan British dan Iran, telah digantung setelah disabitkan bersalah bagi pertuduhan “corruption on Earth” serta bertindak bertentangan dengan keselamatan nasional dengan menjadi pengintip bagi perisikan British.

BACA JUGA: Ribut Petir Bakal Langgar Sabah & Sarawak 4 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Jangkiti Individu Divaksin

BACA JUGA: MAIS Berjaya Pertahan Keislaman Wanita, Mahkamah Sivil Tiada Hak Kata Hakim

Dilaporkan juga bahawa Akbari telah dijatuhkan hukuman mati bagi kesalahan “membahayakan keselamatan dalaman dan luaran negara dengan menyerahkan (maklumat) perisikan”.

Laporan yang sama juga menyatakan bahawa tindakan perkhidmatan pengintipan British dalam hal ini telah menunjukkan nilai Akbari, kepentingan akses serta kepercayaan musuh terhadap beliau.

Beliau telah didakwa menerima latihan daripada MI-6, menubuhkan syarikat-syarikat yang berperanan untuk menjatuhkan perkhidmatan perisikan Iran, terlibat dalam beberapa mesyuarat perisikan di pelbagai negara termasuklah UAE dan Austria serta menerima kewarganegaraan British sebagai imbuhan bagi “membelot” terhadap Iran.

Pertuduhan tersebut telah mendapat maklum balas daripada Perdana Menteri British, Rishi Sunak di mana beliau telah membuat kenyataan bahawa,

“(ianya adalah) sebuah tindakan yang tidak berperasaan serta pengecut yang dijalankan oleh sebuah rejim yang barbarik tanpa menghormati hak asasi rakyat mereka sendiri”.

Selain daripada UK, Amerika Syarikat (AS) sebelum ini turut menyeru agar hukuman tersebut dihentikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: