NGO

Majlis Raja-Raja Seeloknya Menghantar Wakil Dalam Isu Mahkamah Membabitkan Islam – Sidang Demi Malaiu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Sidang Gabungan Demi Malaiu terpanggil untuk memberi teguran kepada pihak yang mahu memurtadkan tiga orang umat Islam.

Kami difahamkan ketiga-tiga anak kepada Nagashwaran Muniandy dan Loh Siew Hong telah mengucapkan dua kalimah syahadah dengan rela hati serta mendapat izin bapa sesuai dengan peruntukan undang-undang Syariah yang terpakai di Perlis.

Suka diingatkan di bawah kuasa pentadbiran agama Islam dan apa-apa perundangan negara, ia bersumberkan kuasa daripada Kebawah Duli Raja-Raja Melayu.

Kami difahamkan ada pihak yang membuat permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan didengarkan pada Isnin, 21 Februari 2022.

Dalam kes ini, pihak mahkamah Tinggi perlu merujuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan orang Islam selain kuasa mutlak mengenai kes ini terletak di bawah budi bicara YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Majlis Raja-Raja Melayu perlu dimohon untuk menghantar wakil khas bagi melihat kepentingan Islam dan dirujuk sebaik-baiknya oleh Mahkamah Tinggi sebelum membuat sebarang pertimbangan dan verdict (keputusan).

Bagi kami, sesiapa yang dengan rela hati atau dengan izin seorang ibu atau bapa, sesuai dengan peruntukan undang-undang Syariah Negeri, telah melafaz dua kalimah syahadah, jelas menjadi sebahagian dari saudara kami yang beragama Islam.

Sehubungan itu sebarang tindakan ke atas saudara kami seperti percubaan untuk memurtadkan mereka dengan apa-apa cara, ia akan mengundang kemarahan kami.

Kami melihat kes tiga saudara kami ini sama seperti kes Natrah yang pernah berlaku di Singapura. Natrah telah melafazkan dua kalimah syahadah di Terengganu, negeri yang bersultan.

Biar pun, Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim berhujah sepuas-puasnya, ia gagal dan kita tahu akibat keputusan mahkamah dalam kes Natrah.

Kami mohon pihak-pihak yang berkaitan agar berpada-pada dalam isu yang membabitkan agama Islam di negara ini.

Kami amat takut api yang kecil, yang selalu dinyalakan akan menyebabkan satu kebakaran yang sukar nak dipadam.

Kami juga menuntut orang yang bukan beragama Islam untuk jangan menyakiti hati orang Islam sepertimana orang Islam dengan terbukanya, mengizinkan agama lain boleh dianut dalam suasana harmoni di negara ini.

Akhir kata, kami menegur pihak-pihak yang mahu memurtadkan saudara kami, supaya berpada-padalah.

Kami juga memohon kepada kita semua yang merupakan rakyat Malaysia untuk menghormati kuasa Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu dan Undang-Undang Syariah.

SIDANG DEMI MALAIU

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: