Antarabangsa

Lukis Karikatur “Antisemitik”, Kartunis Guardian Dipecat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 18 Oktober 2023 – Seorang kartunis yang telah lama berkhidmat di media Guardian, Steve Bell telah dipecat daripada akhbar tersebut berikutan tindakannya melukis karikatur pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu.

Karikatur tersebut menunjukkan imej Netanyahu sedang membuat pembedahan pada perutnya sendiri dengan potongan yang memaparkan bentuk peta jaluran Gaza.

Menurut Bell lagi, karikatur yang dilukisnya itu adalah diinspirasikan oleh sebuah kartun mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Lyndon B Johnson pada tahun 60an.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik pada X, Bell mengatakan bahawa beliau telah menghantar gambar tersebut pada awal bulan ini dan “empat jam kemudian..Saya menerima sebuah panggilan telefon daripada pihak atasan yang menganggu dengan pesanan aneh ‘pound of flesh’”.

Ujar Bell lagi, beliau kemudiannya membalas panggilan tersebut dengan menyatakan bahawa beliau minta maaf dan tidak memahami pesanan aneh tersebut. Kemudiannya beliau mendapat jawaban yang mengatakan “Yahudi; pound of flesh; kiasan antisemitik”.

Kartun yang dilukis oleh Bell itu dikaitkan dengan salah satu karya sastera Inggeris yang dihasilkan oleh Shakespeare iaitu Shylock yang merupakan salah satu watak Yahudi yang paling terkenal disebabkan sifat tamak yang ditonjolkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: