Tiga Universiti Awam Tubuh Majlis Dekan Pengajian Melayu
TANJUNG MALIM, XX XXXX 2023 – Tiga universiti awam telah menubuhkan Majlis Dekan Pengajian Melayu Universiti Awam bagi memperkukuhkan bidang pengajian Melayu di peringkat pengajian itu.
Tiga universiti tersebut adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM).
Menerusi laporan akhbar, Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI, Profesor Dr Tajul Suhaizam Said berkata, dengan tertubuhnya majlis itu, mereka dapat bekerjasama dalam bidang pengajaran, penyelidikan, pengkomersialan dan penerbitan.
BACA JUGA: Ahli Politik Itali Draf Undang-Undang Untuk Tutup Ruang Solat
BACA JUGA: Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha
BACA JUGA: Masalah Kami Dengan SUHAKAM Bila SUHAKAM Tidak Hormat Akta SUHAKAM – Lukman Sheriff
Kerjasama itu juga membuka peluang kepada universiti awam untuk memperkukuhkan bidang peradaban dan tamadun Melayu sekali gus memperluaskannya dalam era globalisasi dan digital.
Katanya, penggunaan teknologi digital dapat memperluas jangkauan pengajaran dan pembelajaran malah mempromosikan warisan budaya Melayu kepada masyarakat tempatan dan dunia luar.
Tambah Tajul Suhaizam, “Dengan kerjasama yang berterusan dan komitmen yang kukuh, Majlis Dekan Pengajian Melayu Universiti Awam diharapkan dapat menjadi pendorong utama dalam memperkukuhkan bidang pengajian Melayu dan memartabatkan peradaban serta tamadun Melayu dalam konteks semasa yang semakin kompleks dan mencabar.”
Beliau berkata sedemikian dalam pertemuan di sebuah hotel tempatan bersama Dekan Akademi Pengajian Melayu UM, Profesor Madya Dr Sabzli Musa Khan; Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM, Profesor Madya Dr Asyaari Muhamad dan kakitangan Institut Peradaban Melayu UPSI.