Tempatan

Malam Tahun Baru: LRT, MRT, Monorel Operasi Hingga 1 Pagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

31 Disember 2022 – Sempena meraikan kemeriahan sambutan malam tahun baru, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan melanjutkan waktu operasi sehingga jam 01:00 pagi hari ini.

RapidKL memaklumkan perkara tersebut melalui satu hantaran di Twitter dan stesen yang terlibat bagi laluan LRT Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek, Maluri, IOI Puchong dan PWTC.

Manakala bagi laluan LRT Kelana Jaya adalah stesen KLCC dan Masjid Jamek, sementara laluan MRT Kajang di stesen Bukit Bintang dan Maluri.

Selain itu, laluan KL Monorel pula hanya melibatkan stesen Bukit Bintang sahaja.

Walau bagaimanapun, RapidKL memberitahu bahawa stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa tetapi para penumpang masih boleh keluar di stesen tersebut.

“Anda Disaran Menggunakan Kad TnG Dan Pastikan Baki Kad Anda Mencukupi Untuk Kelancaran Perjalanan.”

“Anda Diwajibkan Memakai Pelitup Muka Setiap Masa Ketika Menggunakan Pengangkutan Awam. Tanpa Pelitup Muka, Anda Tidak Dibenarkan Masuk Ke Sistem Pengangkutan Awam,” maklum kenyataan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: