Antarabangsa

Tiga Tahun ‘Berturut-Turut’ Mexico Alami Gempa Bumi Setiap 19 September, Terbaru Berskala 7.6 Richter

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MEXICO CITY, 20 September 2022 – Gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter menggegarkan pantai Pasifik tengah Mexico semalam menyebabkan sekurang-kurangnya seorang terbunuh.

Mangsa terkorban berikutan tembok di sebuah pusat membeli-belah di bandar pelabuhan Manzanillo, Colima runtuh.

Menurut penduduk tempatan, gempa bumi berpusat 37 kilometer (23 batu) tenggara Aquila berhampiran sempadan negeri Colima dan Michoacan ini telah mengakibatkan hotel dan rumah berdekatan retak dan bumbung pecah.

Namun, tiada kerosakan serius dilaporkan berlaku, menurut Kajian Geologi AS yang pada mulanya meletakkan magnitud pada 7.5 skala Richter.

Kejadian ini merupakan kali yang ketiga terjadi pada tarikh yang sama. Sebelum ini, ia berlaku pada tahun 1985 dan 2017.

“Ini adalah satu kebetulan,” kata ahli seismologi Penyiasatan Geologi A.S. Paul Earle.

Jelasnya, tiada sebab tertentu yang menetapkan bulan tertentu terjadinya bencana tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: