Tempatan

Tiga Faktor Berlakunya Isu #DengkiKe – Ustaz Engku Ahmad Fadzil

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 4 Mei 2021 – Pengarah Hati Murni Sdn Berhad (Hati Murni Enrichment Transit Centre) Ustaz Engku Ahmad Fadzil berpendapat, terdapat tiga faktor yang menyebabkan elemen subversif wujud dan berjalan dalam isu #DengkiKe.

Pertama, isu ini memperlihatkan pendirian segelintir rakyat Malaysia baik dalam skala individu mahupun organisasi yang menentang sistem monarki dan cenderung kepada sistem republik.

Kedua, penggunaan media sosial membuatkan sebahagian pengguna media sosial merasakan mereka seolah-olah mempunyai identiti yang bebas dan kebal menuturkan apa sahaja walaupun bercanggah dengan adab dan kesopanan, bahkan bercanggah dengan peraturan dan undang-undang negara.

Ketiga, wujudnya individu juga kumpulan yang bergerak sama ada secara sendirian ataupun disokong oleh anasir-anasir luar yang memang menunggu peluang menyalahgunakan kebebasan bersuara di media sosial untuk menggerakkan sentimen seterusnya tindakan rakyat ke arah menghancurkan sistem monarki yang diamalkan di tanah air kita dan menggantikannya dengan sistem yang mereka dakwa kononnya lebih baik.

Pada 19 April 2021 yang lalu, #DengkiKe trending di laman Twitter selepas seorang pengguna Twitter tidak berpuas hati dengan komen balasan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram baginda berkaitan vaksin.

Perkara ini kemudiannya diambil kesempatan oleh golongan subversif untuk menghasut supaya sistem monarki digulingkan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button