Antarabangsa

AS-Filipina Mulakan Latihan Ketenteraan Terbesar Melibatkan 17,000 Tentera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MANILA, 12 April 2023 – Lebih 17,000 tentera Filipina dan AS memulakan latihan ketenteraan bersama terbesar mereka pada hari Selasa.

Latihan ini berlangsung ketika dua sekutu ini mempunyai kebimbangan yang sama berkaitan ketegasan China di rantau Asia-Pasifik.

Latihan tahunan yang diperluaskan ini menekankan hubungan ketenteraan yang lebih baik di bawah Presiden Ferdinand Marcos Jr, selepas pendahulunya mengurangkan latihan bersama tentera AS untuk meneruskan hubungan yang lebih erat dengan Beijing.

BACA JUGA: Lapan Lokasi Di Marang Berpotensi Alami Gangguan Bekalan Air Aidilfitri Ini

BACA JUGA: Kes Penghantar Makanan Dipotong Gaji, Menteri Arah Kementerian Siasat Segera

BACA JUGA: Tidak Cukup Pemandu Punca Tiada Bas Tambahan Raya

Hubungan AS-Filipina semakin baik dan erat di bawah Presiden Marcos, di mana pada Februari lalu Marcos memberikan Washington peningkatan akses ke pangkalan tentera negaranya.

Buat pertama kalinya, Filipina dan Amerika Syarikat akan mengadakan latihan tembakan langsung di laut dalam tempoh tiga minggu yang dikenali sebagai Latihan Balikatan, meskipun menerima kritikan dari Kementerian Luar China pada hari Isnin.

Mejar Jeneral Eric Austin, Pemangku Pengarah Latihan AS berkata, Latihan Balikatan akan memastikan AS dan Filipina bersedia untuk bertindak balas bersama-sama terhadap cabaran dunia yang sebenar.

Presiden Marcos dijangka menyaksikan secara langsung latihan ketenteraan di laut yang akan melibatkan sebuah kapal lama tentera laut Filipina yang akan dikaramkan, menurut seorang pegawai tentera Filipina.

Latihan itu, yang akan dijalankan di beberapa bahagian yang berlainan di negara ini, turut akan memberi tumpuan kepada operasi amfibia, operasi penerbangan, pertahanan siber, operasi bandar, memerangi keganasan dan bantuan kemanusiaan dan bencana.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: