Tempatan

Tidak Sertakan Gambar Dewa Murugan, Balai Seni Negara Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2022 –  Balai Seni Negara terpaksa meminta maaf setelah dikecam ramai masyarakat India kerana tidak meletakkan imej Dewa Murugan dalam ucapan selamat menyambut Thaipusam baru-baru ini.

Dalam sebuah temuramah dengan portal The Vibes, Timbalan Pengarah Balai Seni Negara Zanita Anuar telah mengekspresikan kekesalan pihak mereka kerana niat murni mereka telah menimbulkan salah faham yang tidak disengajakan.

Zanita Anuar menjelaskan hasrat murni mereka memilih imej tersebut adalah bagi menunjukkan betapa pelbagainya kebudayaan yang terdapat di Malaysia sepertimana yang ditunjukkan oleh lukisan karya Kok Yew Puah mengenai tradisi masyarakat India.

Namun, setelah itu barulah mereka sedar bahawa lukisan itu tidak mengandungi figura Dewa Murugan, sembahan yang dipuja masyarakat Hindu semasa Thaipusam, menurutnya lagi.

Oleh itu, pihak Balai Seni Negara secara ikhlas meminta maaf atas kekhilafan tersebut, suatu kesalahan yang tidak mereka sengajakan.

Balai Seni Negara menerima kecaman hebat daripada ramai netizen berbangsa India yang berang atas kegagalan galeri tersebut untuk mempamerkan imej Dewa Murugan dalam ucapan Thaipusam itu.

Seorang netizen menulis, “Hari yang begitu suci dan penting bagi masyarakat India telah diberi gambaran yang terlalu salah mengenainya di sebuah platform nasional kononnya.”

“Tidak ada gunanya memberi ucapan selamat pada masyarakat yang terpinggir sekiranya ucapan itu menyinggung perasaan dan tidak bertimbang rasa,” tegas seorang netizen.

Seorang lagi netizen menyelar Balai Seni Negara kerana menggunakan lukisan pelukis berbangsa Cina dan bukannya berbangsa India, “Adakah kamu perlu lebih ramai kawan India?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: