Tempatan

Tidak Puas Hati Silibus Sejarah Tumpu Kepada Melayu, Guru Dakwa Sejarah Telah Diselewang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkinii

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2021 – Beberapa orang guru mendakwa silibus Sejarah sekolah menengah terlalu tertumpu kepada naratif berpaksikan Melayu.

Bagi bekas pengetua Setapak High School V Chakaravarthy, silibus Sejarah telah diselewengkan.

“Sejarah diselewengkan. Ia seolah-olah dimiliki oleh satu kumpulan orang, sedangkan ia sepatutnya merupakan naratif yang dikongsi bersama.”

Ia juga meminggirkan konteks global peristiwa sejarah, sekali gus memberikan perspektif terhad berhubung asal-usul Malaysia dan langkah yang dilalui negara untuk sampai ke hari ini.

Tambahnya, pengaruh “ideologi kekuasaan Melayu” dalam pendidikan menyaksikan bahagian penting sejarah negara diketepikan.

“Ini menyebabkan pelajar daripada latar belakang Cina dan India berasa kurang diwakili dalam silibus yang perlu mereka pelajari.”

Dakwanya lagi, sebagai contoh, pelajar tidak mengetahui mengenai siapa itu R Ramani walaupun beliau dipandang tinggi oleh rakan sejawatnya.

“Kurang perhatian diberikan kepada R Ramani, peguam perlembagaan terkenal yang dilantik sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1965 dan memainkan peranan utama dalam menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah.”

“Beliau dipandang tinggi dalam kalangan rakan sejawatnya dan sangat dihormati ketika membuat tugasan di luar negara.”

Seorang lagi guru yang tidak mahu dikenali berkata, mengabaikan sumbangan orang bukan Melayu akan menghakis rasa keterpunyaan kepada negara dalam kalangan pelajar bukan Melayu.

“Benar, raja-raja memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, tetapi bagaimana pula ramai orang Cina dan India yang melombong bijih timah dan menoreh getah? Atau yang membina jalan kereta api? Atau orang Sikh yang berkhidmat dalam tentera?”

Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Profesor Negara pernah menegaskan, tidak salah jika unsur Melayu dan Islam lebih ditonjolkan berbanding etnik atau kaum lain dalam buku teks sejarah negara kerana pada dasarnya Malaysia adalah sebuah negara Melayu-Islam yang sudah diperakui semua pihak.

“Jika etnik lain dikatakan tenggelam dan peratusan Melayu lebih sedikit (dalam laporan sejarah) tidak mengapa kerana kita perlu faham bahawa penduduk dominan negara ini adalah Melayu dan rata-ratanya adalah Islam.”

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: