Tempatan

Persiapan Aidilfitri, Kuala Lumpur Dijangka Sesak Sabtu Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 April 2023 – Kuala Lumpur dijangka menerima lebih satu juta kenderaan pada Sabtu ini sempena cuti Hari Nuzul Al-Quran, bagi melakukan persiapan raya yang bakal menjelang tiba.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Yahaya Othman berkata, secara purata lebih satu juta kenderaan dikesan keluar dan masuk ke pusat bandar raya direkodkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan dan pasti akan mengalami peningkatan Sabtu ini.

BACA JUGA: Ambil Serius Kewujudan Jual Beli Organ – KP Kesihatan

BACA JUGA: Perempuan Bawah Umur, Lelaki Ditahan Berkelakuan Tidak Senonoh Di Tempat Awam

BACA JUGA: Pembesar Suara Masjid & Surau: Buat Apa Ganggu Orang – Mufti P.Pinang

Beliau berkata demikian selepas hadir mengedarkan juadah berbuka puasa kepada para petugas polis di lapangan yang terdiri daripada anggota trafik, Unit Rondaan Bermotosikal, Polis Pelancong serta orang awam di kawasan Bazar Ramadan Kampung Bahru, selain berbuka puasa bersama pegawai dan anggota polis di perkarangan pusat penginapan hadapan Masjid Jamek.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan masing-masing.

“Bagi orang ramai yang memasuki pusat bandar raya, mereka dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan demi keselesaan semua pengguna jalan raya.”

Katanya, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menempatkan anggota polis di semua kawasan tumpuan terutama di kawasan pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan untuk memastikan kelancaran trafik.

Namun begitu, beliau juga meminta kerjasama orang ramai agar menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan mematuhi segala peraturan lalu lintas demi mengurangkan kesesakan jalan raya.

“Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas selain dari tindakan saman polis juga akan menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: