Tempatan

Polis Serdang Berjaya Tumpaskan “Geng Ah Hau”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 31 Ogos 2022 – Pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang berjaya menumpaskan Geng Ah Hau yang bergiat aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Lembah Klang.

“Hasil maklumat dan risikan pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang telah berjaya menangkap seramai (5) orang suspek yang disyaki melakukan kegiatan ini yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 46 tahun. Kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau yang terlibat dalam kes pecah rumah,” kata Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Polis Daerah Serdang.

Ujarnya, kesemua suspek didapati bergiat aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar kawasan Lembah Klang yang melibatkan beberapa buah daerah seperti Serdang, Ampang, Gombak, Petaling Jaya dan Kuala Langat semenjak dua bulan yang lalu.

“Ketua sindiket kumpulan Ah Hau ini baru selesai menjalani perintah sekatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) Di Baling, Kedah,” kata ACP A. A. Anbalagan lagi.

Tambahnya, modus operandi yang dijalankan oleh kumpulan ini ialah dengan mensasarkan rumah rumah mewah yang tidak mempunyai sistem penggera keselamatan dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) serta tiada pengawal keselamatan.

“Suspek kemudiannya akan memecah masuk rumah yang disasarkan pada siang hari semasa penghuni tiada di rumah. Mereka menggunakan motokar yang disewa dengan memalsukan nombor pendaftaran kereta untuk melakukan aktiviti pecah rumah dengan mengumpil pintu dan memasuki rumah yang disasarkan.”

“Dengan kejayaan tangkapan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan (7) kes kejadian pecah rumah di kawasan Lembah Klang,” kata beliau lagi.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai (5) hingga (14) tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: