Tempatan

Tidak Guna Tambah Jelapang Padi Jika Hasilnya Sama – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mac 2023 – Menambah jelapang padi baharu dilihat tidak akan memberi impak positif pada bekalan beras dalam negara sekiranya pengurusan penanaman tidak difokuskan.

Pakar pertanian dan sekuriti makanan, Profesor Datuk Dr. Zulkifli Idrus berkata, penekanan aspek cara meningkatkan penghasilan padi di jelapang sedia ada lebih praktikal dan membantu merangsang produktiviti padi.

BACA JUGA: UMMAH Gesa Menteri Tarik Segera Filem Mentega Terbang

BACA JUGA: Lebih Separuh Responden Setuju Transgender Berhak Peroleh Kehidupan – IPSOS

BACA JUGA: PERHATIAN: Jalan Kuantan-Segamat Tutup Sampai Sabtu

“Kalau tambah jelapang padi, hasilnya sama ia adalah satu langkah yang sia-sia.”

“Contoh purata hasil padi empat tan metrik per hektar, ia sangatlah rendah. Tentunya ada pelbagai faktor yang boleh diambil kira tetapi tidak perlu lihat pada faktor yang kompleks.”

Katanya, pemain industri pertanian perlu memfokuskan teknik pembajaan yang lebih efisien selaras dengan keperluan nutrien tanah bagi mengeluarkan hasil padi tinggi.

“Teknik pembajaan kena betul yang merangkumi masa pembajaan dan jenis baja itu sendiri.”

“Nutrien tanah di setiap kawasan kemungkinan tidak sama. Maka, mahu letak baja tidak boleh jenis yang sama semuanya, kena tengok nutrien apa yang kurang pada tanah tersebut.”

“Untuk tahu, kena buat ujian, ambil sampel tanah dan hantar pada makmal.”

Dalam pada itu, beliau juga menasihati golongan pesawah supaya bersifat lebih terbuka menerima nasihat dan proaktif dengan keterangan amalan yang betul daripada pakar atau pegawai jabatan pertanian ini.

“Jika nasihat yang betul sudah diberikan, tetapi pesawah tidak mahu menerimanya dengan baik pun, ia tidak akan menjadi,” katanya.

Terdahulu, hasil padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dilaporkan merosot kira-kira 150,000 tan metrik setahun yang dibimbangi jika berterusan akan menjejaskan bekalan beras negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: