Tempatan

Kemasukan Baharu Kes Bergejala Ke Hospital Indikator PPN – Tengku Zafrul

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2021 – Bilangan kemasukan baharu ke hospital bagi kes bergejala akan digunakan sebagai indikator bagi peralihan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akan tetapi ia tertakluk untuk negeri di dalam fasa satu yang telah mencapai kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk dewasa.

“Sebagai contoh bagi Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Melaka yang masih berada di fasa satu, apabila mereka mencapai kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk dewasa, indikator kes yang akan diguna pakai ialah kemasukan kes baharu ke hospital yang bergejala,” ujar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

“Seterusnya, negeri ini hanya boleh beralih ke fasa dua jika mencapai nilai ambang kes kemasukan hospital baharu yang bergejala (6.1 per 100,000 penduduk) dan tahap kapasiti penggunaan ICU sederhana.”

Tambah beliau, penanda aras bagi kes bergejala yang digunakan adalah berdasarkan kemasukan harian ke hospital bagi jumlah kes pesakit dalam kategori tiga, empat dan lima.

Keputusan ini diputuskan Majlis Pemulihan Negara (MPN) selepas risiko penularan dilihat jelas terkawal di Sarawak dan Labuan dengan pengurangan ketara kes bergejala serta yang memerlukan rawatan di wad ICU.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: